BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ALAMAT SURAT MENYURAT

TABIKA KEMAS BATU UBAN
11700 Gelugor Pulau Pinang
No Tel : - 04-6593109
tbk.batu.uban@gmail.com
http://tbkbatuuban.blogspot.com

Berkelah Di Taman Rimba

Berkelah Di Taman Rimba
Sedapnya nasi ayam ni....

Kanak-kanak Berada Di Depan Pintu Masuk Taman Rama-rama

Kanak-kanak Berada Di Depan Pintu Masuk Taman Rama-rama
Semua mendengar penerangan & peraturan Di Taman Rama-rama

Akuarium Ikan, Batu Maung

Akuarium Ikan, Batu Maung
Kami nak bagi ikan-ikan ni makan la....

Lawatan Sambil Belajar (Round Island)

Lawatan Sambil Belajar (Round Island)
Kanak-kanak berada di dalam bas sebelum bas bertolak

Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak

Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak
Selamat Hari Lahir Syafiq & Sarah

Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak

Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak

Sambutan Hari Lahir

Sambutan Hari Lahir
Syoknya dapat berkelah di luar...

Pertandingan Mewarna

Pertandingan Mewarna
Amboi!Cantik Adilah warna

Sambutan Hari KeMerdekaan 2009

Sambutan Hari KeMerdekaan 2009
Kanak-kanak mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu

Sambutan Hari Lahir

Sambutan Hari Lahir
Selamat Hari Lahir Mamat, Nurul & Tashriq

Sambutan Hari Lahir

Sambutan Hari Lahir
Selamat Hari Lahir Mila, Adilah & Mardhiyyah

Hati-hati, nanti jatuh


kanak-kanak memberi penyu makan sayur kangkung

Amboi!Cantiknya Najwa, nak sikit kek

Sunday, July 5, 2009

KISAH TELADAN...

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

0 comments:

Aktiviti Di Taman Belia

Aktiviti Di Taman Belia
Sebelum mandi, mari kita panjat dulu. Siapa sampai pegang besi atas dia yang menang...

BORAK-Borak...