BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ALAMAT SURAT MENYURAT

TABIKA KEMAS BATU UBAN
11700 Gelugor Pulau Pinang
No Tel : - 04-6593109
tbk.batu.uban@gmail.com
http://tbkbatuuban.blogspot.com

Berkelah Di Taman Rimba

Berkelah Di Taman Rimba
Sedapnya nasi ayam ni....

Kanak-kanak Berada Di Depan Pintu Masuk Taman Rama-rama

Kanak-kanak Berada Di Depan Pintu Masuk Taman Rama-rama
Semua mendengar penerangan & peraturan Di Taman Rama-rama

Akuarium Ikan, Batu Maung

Akuarium Ikan, Batu Maung
Kami nak bagi ikan-ikan ni makan la....

Lawatan Sambil Belajar (Round Island)

Lawatan Sambil Belajar (Round Island)
Kanak-kanak berada di dalam bas sebelum bas bertolak

Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak

Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak
Selamat Hari Lahir Syafiq & Sarah

Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak

Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak

Sambutan Hari Lahir

Sambutan Hari Lahir
Syoknya dapat berkelah di luar...

Pertandingan Mewarna

Pertandingan Mewarna
Amboi!Cantik Adilah warna

Sambutan Hari KeMerdekaan 2009

Sambutan Hari KeMerdekaan 2009
Kanak-kanak mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu

Sambutan Hari Lahir

Sambutan Hari Lahir
Selamat Hari Lahir Mamat, Nurul & Tashriq

Sambutan Hari Lahir

Sambutan Hari Lahir
Selamat Hari Lahir Mila, Adilah & Mardhiyyah

Hati-hati, nanti jatuh


kanak-kanak memberi penyu makan sayur kangkung

Amboi!Cantiknya Najwa, nak sikit kek

Tuesday, July 7, 2009

CADANGAN UNTUK KEMAS...

Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) disyorkan membuat pendekatan terbaru dengan memperkenalkan silibus mata pelajaran agama bagi pelajar yang bukan beragama Islam di kelas tabika. Pada ketika ini pelajar bukan Islam mempelajari pendidikan Sivik.

Mantan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup berkata, syor itu selaras dengan konsep 1Malaysia, dan sesuai untuk dilaksana di kawasan luar Bandar kerana rata-rata pelajar Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) terdiri dari kalangan yang bukan beragama Islam dan pembelajaran mengenai agama mereka adalah amat penting di peringkat pendidikan awal.


Misalnya kata Kurup yang kini Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, di daerah Keningau dan Sook kebanyakan pelajar Tabika Kemas adalah di kalangan Bukan Islam, maka beliau syorkan agar pendidikan agama Kristian dijadikan mata pelajaran utama,

“Seperti yang kita sedia maklum Tabika Kemas begitu sinonim dengan hanya menitikberatkan pembelajaran agama Islam di kelas-kelasnya tanpa mengira sama ada pelajar Islam dikawasan itu majoriti atau minoriti,” kata Kurup ketika merasmikan program Hari Potensi Kanak-Kanak Kemas Peringkat Zon 4 Sabah (Pensiangan, Keningau, Ranau, Tenom) di sini baru-baru ini.

Di kebanyakan kelas Tabika Kemas seperti di Sook atau Pensiangan kata Kurup , boleh dikatakan rata-rata pelajarnya adalah 99 peratus adalah pelajar yang beragama Kristian.

Kurup yang merupakan Ahli Parlimen Pensiangan berkata, keperluan untuk memberi mata pelajaran agama bagi pelajar bukan Islam di Tabika Kemas adalah wajar kerana Tabika Kemas telah menjadi pilihan kebanyakan ibubapa di kawasan luar Bandar.

“Kita mahu Tabika Kemas terus releven kepada pelajar Bukan Islam , dan ianya memenuhi syarat dan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri,” kata Kurup.

Pengarah Kemas Pensiangan Zulfikar Badsyah Husin memberitahu pelajar Tabika Kemas yang beragama Islam diberi pendidikan agama Islam , manakala mereka yang bukan Islam diberi pendidikan Sivik.

Bagaimanapun kata Kurup , adalah menjadi satu keperluan untuk kerajaan memperkenalkan silibus pembelajaran agama mengikut majoriti agama pelajar di sesuatu kawasan bukan sekadar pembelajaran sivik.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu berkata, suara akar umbi meminta beliau mengemukakan syor itu sebelum ini ketika masih berada di KKLW, namun beliau yakin pihak kerajaan terutamanya KKLW mengambil perhatian syor itu.

“Ada beribu-ribu orang berada di belakang saya yang mahukan anak-anak mereka diberi pelajaran agama Kristian di kelas tabika Kemas. Saya bersetuju dengan mereka,” kata Kurup.

Menurut Kurup, rakyat luar Bandar mempunyai tanggapan bahawa Tabika Kemas hanya terbuka kepada pelajar beragama Islam, dan milik Umno.

“Persepsi ini harus diubah jika kita ingin terus releven di mata rakyat”. Namun katanya Tabika Kemas masih tetap menjadi pilihan ibubapa di luar Bandar Cuma terdapat permintaan agar pembelajaran agama Kristian dilaksanakan di kelas tersebut.

Beliau juga bersetuju bahawa Tabika Kemas telah memberi sumbangan yang amat besar dalam pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak khususnya di kawasan pedalaman.

0 comments:

Aktiviti Di Taman Belia

Aktiviti Di Taman Belia
Sebelum mandi, mari kita panjat dulu. Siapa sampai pegang besi atas dia yang menang...

BORAK-Borak...